Tuesday, March 14, 2017

PEPERIKSAAN BERTULIS STPM (PENGGAL 2) TAHUN 2017

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan,
Bahagian Kuching.

Ruj.Kami: JPS/(W)/PPDK/UPP/(Kur)/153/06/04/04/16/04/Jld.3(1)
Tarikh: 13 Mac 2017

PEPERIKSAAN BERTULIS STPM (PENGGAL 2) TAHUN 2017 PENCALONAN KETUA PENGAWAS, TIMBALAN KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS CALON


Pihak tuan diarah supaya mencalonkan guru-guru sekolah tuan untuk menjadi Pengawas Peperiksaan Bertulis STPM Tahun 2017 berpandukan kuota minimum yang telah ditetapkan seperti pada Lampiran A (Kuota minimum pencalonan pengawas STPM Penggal 2 Tahun 2017) yang dikepilkan.
Pihak sekolah amat dialu-alukan untuk mencalonkan lebih ramai guru daripada kuota tersebut.

Pencalonan Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas dan Pengawas Calon:
1. Hendaklah menggunakan Borang PP/02 dalam bentuk "Hard Copy dan Soft Copy"
2. Jangan ubah format. Mestilah menggunakan Microsoft Excel
3. Susun mengikut turutan
4. Isi Borang PP/02 dengan lengkap serta menggunakan "HURUF BESAR", font "ARIAL" dan font saiz "10"
5. Guru yang dicalonkan perlu tandatangan sebagai tanda telah menyemak butiran dan dimaklumkan tentang pencalonan

Penghantaran Borang PP/02:
(a)Salinan "Soft Copy"
1. Diemelkan terus melalui alamat emel: uppkuching@gmail.com sebelum atau pada 17 April 2017 (Isnin)
2. Tajuk Fail: STPM 2017-SMK_(Nama Sekolah)
3. Merupakan Borang Pencalonan PP/02 yang lengkap. BUKANNYA di "Scan" atau "PDF File"

(b)Salinan "Hard Copy"
1. Bersaiz A4/A3
2. Dihantar terus ke Unit Penilaian dan Peperiksaan, KM4, Jalan Matang. TIDAK melalui "Pigeon Hole"
3. Salinan Asal yang telah ditandatangani oleh semua petugas mesti dihantar sebelum atau pada 17 April 2017, Isnin

muat turun borang dan bahan-bahan Pencalonan Pengawas STPM Penggal 2 Tahun 2017:
Bahan-bahan untuk Pencalonan Pengawas bagi STPM Penggal 2 Tahun 2017 Peperiksaan Bertulis MUAT TURUN

Sekian, terima kasih.