Wednesday, February 8, 2017

SPM 2017 / SPM (ULANGAN) 2017

Semua Pengetua,
Kolej/MRSM/SMK/SMKA,
Bahagian Kuching.

PENCALONAN UNTUK MENJADI PEMERIKSA KERTAS PEPERIKSAAN


Pihak tuan dikehendaki untuk mencalonkan guru-guru tuan untuk berkhidmat sebagai pemeriksa kertas peperiksaan bertulis SPM(U) atau SPM. Panduan permohonan menjadi pemeriksa kertas bertulis peperiksaan SPM(U) atau SPM adalah seperti di Lampiran A. Seorang guru boleh dicalonkan bagi satu peperiksaan dan satu kertas sahaja.

Sekolah tuan wajib mencalonkan seorang pemeriksa bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah tuan. Guru yang telah dilantik sebagai pemeriksa oleh Lembaga Peperiksaan tidak perlu dicalonkan lagi.

Sila kembalikan Borang Permohonan Menjadi Pemeriksa (LP/Am 112 Pin.1/2016), Lampiran A2 dan Lampiran A3 ke pejabat ini (u.p. En. Pojen Minos, Unit SPM) pada atau sebelum 20 Mac 2017 (Isnin).

muat turun borang dan dokumen:
Borang dan Dokumen Pencalonan untuk menjadi Pemeriksa SPM / SPMU 2017 MUAT TURUN

Sekian, terima kasih.