Friday, May 5, 2017

SPM 2017 PENCALONAN KETUA PENGAWAS, TIMBALAN KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS CALON

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan/
Agama/ SM Sains/ Vokasional/ Teknik/ Kolej/ MRSM,
Bahagian Kuching.

Ruj.Kami: JPS/(W)/PPDK/UPP/(Kur)/153/06/04/03/16/03/Jld.9(1)
Tarikh: 2 Mei 2017

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2017 PENCALONAN KETUA PENGAWAS, TIMBALAN KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS CALON


Pihak tuan/puan dikehendaki mencalonkan guru-guru sekolah tuan/puan untuk menjadi Pengawas Peperiksaan Bertulis SPM Tahun 2017 berpandukan kuota minimum yang telah ditetapkan seperti pada Lampiran A (Kuota minimum pencalonan pengawas SPM Tahun 2017) yang dikepilkan.
Pihak sekolah amat dialu-alukan untuk mencalonkan lebih ramai guru daripada kuota tersebut.

Pencalonan Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas dan Pengawas Calon:
1. Hendaklah menggunakan Borang PP/02 dalam bentuk "Hard Copy dan Soft Copy"
2. Jangan ubah format. Mestilah menggunakan Microsoft Excel
3. Susun mengikut turutan daripada Ketua pengawas, Timbalan Ketua pengawas dan seterusnya Pengawas calon
4. Isi Borang PP/02 dengan lengkap serta menggunakan "HURUF BESAR", font "ARIAL" dan font saiz "10"
5.Guru yang dicalonkan perlu tandatangan pada ruangan"Tandatangan Yang Dicalonkan"sebagai tanda telah menyemak     butiran dan dimaklumkan tentang pencalonan

Penghantaran Borang PP/02:
(a)Salinan "Soft Copy"
1. Diemelkan terus ke alamat emel: uppkuching@gmail.com sebelum atau pada 26 Mei 2017 (Jumaat)
2. Tajuk Fail: SPM 2017-SMK_(Nama Sekolah)
3. Borang Pencalonan PP/02 hendaklah lengkap dengan data petugas-petugas yang dicalonkan dan BUKANNYA di "Scan"      atau "PDF File"

(b)Salinan "Hard Copy"
1. Bersaiz A4/A3
2. Dihantar terus ke Unit Penilaian dan Peperiksaan, KM4, Jalan Matang. TIDAK melalui "Pigeon Hole"
3. Salinan Asal yang telah ditandatangani oleh semua petugas mesti dihantar sebelum atau pada 31 Mei 2017, Rabu

muat turun borang dan bahan-bahan Pencalonan Pengawas SPM 2017:
Borang pencalonan PP/02 dan bahan-bahan untuk pencalonan pengawas SPM 2017 MUAT TURUN

Sekian, terima kasih.