BILIK MESYUARAT 1



Bilik mesyuarat 1 mampu memuatkan seramai 90 orang peserta dalam satu masa. Merupakan bilik mesyuarat paling besar antara empat buah bilik mesyuarat yang terdapat di UPP Kuching. Bilik mesyuarat 1 dilengkapi dengan penghawa dingin, projektor dan di meja juga terdapat soket elektrik untuk memudahkan peserta mengecas peralatan elektrik seperti laptop dan sebagainya pada masa taklimat atau mesyuarat. Selain itu, bilik mesyuarat 1 juga dilengkapi dengan kemudahan Wifi, sistem audio (PA system), surau kecil dan Whiteboard untuk kegunaan pengguna. Bilik mesyuarat 1 amat sesuai untuk taklimat dan mesyuarat rasmi yang berkapasiti tinggi. Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi pejabat UPP Kuching di talian 082-240851 atau datang sendiri ke pejabat untuk meninjau lebih dekat setiap bilik mesyuarat di UPP Kuching.